Raja Salman masuk hospital hidap radang hempedu

Agensi
Julai 20, 2020 10:00 MYT
Raja Salman Abdulaziz Al Saud dimasukkan ke hospital kerana hidap radang hempedu. -Reuters
Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dimasukkan ke Hospital Pakar Raja Faisal, di sini, pada Isnin.
Agensi berita antarabangsa SPA melaporkan Penjaga Dua Kota Suci yang berusia 84 tahun itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan berikutan radang di bahagian hempedu (Cholecystitis).
Difahamkan, Mahkamah Diraja Riyadh pada awal Isnin turut mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Arab Saudi #dimasukkan ke Hospital #Mahkamah Diraja Riyadh #Penjaga Dua Kota Suci #radang hempedu #Raja Salman #Raja Salman masuk hospital
;