Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Astro Awani
Mei 19, 2024 07:50 MYT
Mei 19, 2024 07:50 MYT
DUBAI: Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah.
Menurut agensi berita kerajaan Arab Saudi, ini selepas beberapa jam Raja Salman menjalani ujian perubatan pada Ahad.
Laporan agensi itu berkata, Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Pada Ahad, Raja Salman menjalani ujian perubatan di Klinik Diraja di Istana Al Salam kerana demam dan sakit sendi.
Kali terakhir Raja Salman dimasukkan ke hospital adalah pada April lalu untuk pemeriksaan rutin.
Raja Salman, penjaga kepada dua kota suci Islam, menjadi pemerintah kepada negara pengeksport minyak terkemuka dunia itu pada 2015.
Ia selepas baginda menghabiskan lebih 2 setengah tahun sebagai Putera Mahkota dan Timbalan Perdana Menteri.