Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Bernama
April 24, 2024 05:30 MYT
April 24, 2024 05:30 MYT
JEDDAH: Mahkamah Diraja Arab Saudi pada Rabu mengumumkan bahawa Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci, dimasukkan ke Hospital Pakar Raja Faisal di Jeddah untuk pemeriksaan kesihatan rutin.
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam, lapor Saudi Press Agency (SPA), memetik kenyataan yang juga diterbitkan dalam akaun X rasmi Mahkamah Diraja.
Kali terakhir baginda dimasukkan ke hospital pada Mei 2022 bagi menjalani ujian kolonoskopi dan perubatan, lapor Gulf News (@gulfnews) di platform X.
-- BERNAMA-SPA
TAG: Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci, pemeriksaan