Raja Maghribi terima suntikan vaksin COVID-19

Astro Awani
Januari 28, 2021 06:09 MYT
Raja Mohammed VI menerima suntikan di Istana Diraja di Fez, selepas melancarkan kempen vaksinasi negara itu, 28 Jan, 2021. -AP
RAJA Maghribi, Raja Mohammed VI menerima suntikan vaksin COVID-19 sebagai merasmikan kempen vaksinasi di negaranya.
Suntikan itu pada awalnya menyasarkan pekerja kesihatan, pasukan keselamatan dan mereka yang berusia lebih 75 tahun.
Raja Mohammed mengambil suntikan di istana kerajaan di kota Fez pada Khamis.
Kerajaan Afrika Utara itu menerima penghantaran dos pertama dalam minggu ini daripada Sinopharm dan AstraZeneca China.
Tiada makluman mengenai jumlah dos yang diterima, tetapi istana kerajaan mengatakan negara itu memiliki jumlah yang cukup untuk memulakan program vaksinasi.
Negara itu pada awalnya berjanji akan mula memberikan vaksin kepada rakyatnya bulan lalu tetapi dos pertama lewat tiba dan hanya diperoleh pada Jumaat.
Kempen ini dimulakan ketika kes virus di negara itu menunjukkan penurunan akibat kurangnya ujian saringan dijalankan.
Setakat ini, Maghribi melaporkan 469,139 kes jangkitan dan 8,224 kematian, menurut statistik Johns Hopkins University.
#keselamatan #kesihatan #COVID-19 #program vaksinasi #vaksin #Sinopharm #AstraZeneca #Maghribi #Raja Mohammed VI #dos #suntikan
;