Raja Maghribi ampun 958 banduan di ambang Aidilfitri

Bernama
Mei 2, 2022 15:32 MYT
Raja Mahgribi Mohammed VI mengurniakan pengampunan kepada 958 banduan sempena sambutan Aidilfitri. - Gambar hiasan
RABAT: Raja Mahgribi Mohammed VI mengurniakan pengampunan kepada 958 banduan sempena sambutan Aidilfitri, lapor agensi berita Xinhua memetik Kementerian Kehakiman negara itu sebagai berkata demikian dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mahgribi menyambut Aidilfitri pada Isnin, yang menandakan berakhirnya bulan mulia Ramadan.
Menurut kenyataan itu lagi, 29 banduan yang disabitkan kesalahan kerana aktiviti pelampauan dan keganasan antara mereka yang menerima pengampunan, setelah mereka menyertai inisiatif yang dilancarkan kerajaan Mahgribi untuk memulihkan golongan itu.
Daripada 29 orang itu, 23 orang dibebaskan, sementara hukuman bagi enam orang lagi dikurangkan. - BERNAMA
#Raja Mahgribi #Mohammed VI #ampun banduan #Hari Raya Aidilfitri
;