Raja Jordan jalani pembedahan di Jerman
Bernama
April 11, 2022 12:30 MYT
April 11, 2022 12:30 MYT
AMMAN: Raja Jordan Raja Abdullah II berlepas ke Jerman pada Ahad untuk menjalani pembedahan thoracic herniated disc, menurut kenyataan istana.
Berikutan itu, Putera Mahkota Al Hussein bin Abdullah II mengangkat sumpah sebagai Pemangku di hadapan anggota kabinet.
Raja Abdullah menjalani pembedahan di sebuah hospital pakar di Frankfurt dan perlu melalui proses rehabilitasi (pemulihan) selama seminggu, lapor Xinhua.
-- BERNAMA