Raja Dadah Mexico Guzman didapati bersalah
Astro Awani
Februari 12, 2019 07:15 MYT
Februari 12, 2019 07:15 MYT
Raja Dadah Mexico, Joaquin 'El Chapo' Guzman didapati bersalah atas 10 tuduhan dalam perbicaraan 11 minggu berhubung kes penyeludupan dadah.
Selain dadah, Guzman juga didapati bersalah memiliki senjata api tanpa lesen dan pengubahan wang haram.
Hukuman belum lagi dijatuhkan setakat ini namun keputusan itu boleh membawa kepada hukuman penjara seumur hidup.
Mengulas kes itu, Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) bagi daerah New York, Richard P Donoghue berkata, perbicaraan tersebut membongkar kes penyeludupan dadah antarabangsa yang lain dari yang lain.
"Ia membuktikan bahawa Guzman dan rakan konspirasinya bertanggungjawab menyeludup beratus-ratus tan kokain, heroin, methamphetamine dan ganja ke Amerika Syarikat.
"Ia juga mendedahkan bahawa mereka mampu beroperasi pada skala itu akibat gejala rasuah. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima dan ia akan berakhir.
"Ini merupakan hari penentuan, tetapi akan ada lebih banyak hari penentuan pada masa akan datang," kata Donoghue.
Guzman ditahan pada Januari 2016 selepas memboloskan diri dari penjara di Mexico melalui terowong lima bulan sebelum itu.
Dia diekstradisi untuk menghadapi perbicaraan di Amerika Syarikat pada 2017.
#Amerika Syarikat
#Dadah
#el chapo
#Joaquin Guzman
#New York
#Peguam Negara
#pengubahan wang haram
#penjara
#Rasuah
#Richard P Donoghue
#senjata api