Raja Charles III sampaikan ucapan sulung di Parlimen

APTN
September 12, 2022 21:39 MYT
Raja Charles III meneruskan tanggungjawab sebagai pemegang takhta Britain yang baharu dengan membuat ucapan sulungnya di Parlimen hari ini. - Gambar AP
LONDON : Raja Charles III hari ini menyampaikan ucapan sulungnya di Parlimen Britain sejak menaiki takhta selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Raja baharu itu menyampaikan ucapan perasmian di hadapan anggota dewan di Westminster Hall, dengan memuji tradisi penting penggubal undang-undang Britain.
Dewan itu merupakan bahagian tertua dalam Parlimen Britain yang akan menempatkan keranda mendiang ibunya mulai petang Rabu sehingga pengebumian pada Isnin.
"Beta berdiri di hadapan anda hari ini, tidak dapat menahan keagungan sejarah di sekeliling kita yang mengingatkan kita tentang tradisi kepentingan sistem Parlimen yang mana ahli-ahli kedua-dua dewan menyatakan komitmen untuk kebaikan semua," katanya pada Isnin.
Era Baharu Britain | Raja Charles III sampaikan ucapan sulungnya kepada Parlimen
Dalam ucapannya itu, Raja Charles III menyingkap kepentingan sejarah dan tradisi Parlimen negara itu.
Titahnya, parlimen adalah instrumen demokrasi yang penting dan Ratu Elizabeth II telah menunjukkan teladan kewajipan yang tidak mementingkan diri.
Baginda seterusnya akan ke Scotland untuk menyertai perarakan mengiringi keranda ibunya di sepanjang Royal Mile di Edinburgh ke Katedral St. Giles.
#Raja Charles III #parlimen britain #United Kingdom #Era baharu Britain
;