Raja Charles III hidap kanser - Istana Buckingham
Astro Awani
Februari 5, 2024 07:15 MYT
Februari 5, 2024 07:15 MYT
LONDON: Raja Britain, Raja Charles III disahkan menghidap kanser dan akan menangguhkan beberapa tugas umum baginda sementara menjalani rawatan.
Perkara itu diumumkan oleh Istana Buckingham dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bagaimanapun Istana Buckingham tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapi raja berusia 75 tahun itu.
Pihak istana juga menegaskan ia bukan kanser prostat, meskipun baginda mendapat rawatan berkaitan prostat baru-baru ini.
Beberapa minggu sebelum ini, baginda dimasukkan ke hospital selama tiga hari untuk menjalani rawatan prostat yang semakin membesar.
Perkara ini diumumkan seminggu selepas Raja Charles dibenarkan keluar dari klinik swasta London selepas prosedur perubatan.