Raja Charles III berkongsi kad pertama Krismas sebagai Raja Britain

Bernama
Disember 13, 2022 19:07 MYT
Kad itu turut mengandungi ucapan ringkas pasangan diraja itu, "Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu." - Foto REUTERS
LONDON: Keluarga diraja Britain pada Ahad berkongsi kad ucapan sempena Krismas yang menampilkan wajah Raja Charles III dan Raja Permaisuri Camelia, lapor UPI.
Kad itu turut mengandungi ucapan ringkas pasangan diraja itu, "Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu."
Ucapan ringkas itu adalah yang pertama sejak 1952 dari salasilah keturunan diraja itu selepas bonda Raja Charles, Ratu Elizabeth II menduduki takhta selama 70 tahun.
Ratu Elizabeth ialah raja paling lama memerintah dalam sejarah Britain, mencapai Jubli Platinum pada Jun.
Foto baginda berdua itu diambil pada 3 Sept di Sukan Braemar oleh jurugambar Samir Hussein.
Sudah menjadi kelaziman, kerabat diraja akan menyambut Krismas dan Tahun Baharu di Sandringham House milik Ratu Elizabeth di Norfolk.
-- BERNAMA
#Raja Charles III #raja Britain #kad krismas #Keluarga DiRaja Britain
;