Raja Bhumibol dibenar pulang ke istana

Astro Awani
Ogos 2, 2013 12:39 MYT
Setelah tinggal selama empat tahun di hospital, Raja Thailand Bhumibol Adulyadej pulang untuk menetap di istananya di Hua Hin.
Bhumibol, 85 tahun dimasukkan ke hospital selama empat tahun kerana mengidap pelbagai penyakit termasuk pendarahan dalaman otak.
Pihak istana bagaimanapun tidak menghurai lanjut mengenai tahap kesihatan baginda.
Rakyat gembira dengan perkembangan terbaru ini.
Sementara komuniti perniagaan berharap baginda dapat terus menjadi simbol penyatuan ke arah mengukuhkan pentas ekonomi politik negara itu.
#Hua Hin #Raja Thailand Bhumibol Adulyadej
;