Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz mangkat

AFP
Januari 23, 2015 10:22 MYT
Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz mangkat
Raja Abdullah bin Abdulaziz mangkat pada Jumaat, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh istana diraja.
Putera Mahkota Salman turut diumumkan sebagai pengganti mewarisi tahkta negara yang terkenal dengan hasil minyak.
Sebelum berita kemangkatan itu diumumkan, saluran televisyen Arab Saudi memainkan surah Al-Fatihah dan ayat-ayat al-Quran, yang biasa dilakukan apabila berlaku kematian dari kalangan kerabat diraja.
Raja Abdullah yang mula menaiki takhta pada tahun 2005 menggantikan abang tiri baginda, Raja Fahd, menerima rawatan di hospital sejak beberapa minggu kerana gering akibat jangkitan paru-paru.
Sementara itu, adik tiri Raja Abdullah, Muqrin, yang berusia dalam lingkungan 60-an, bakal diangkat sebagai putera mahkota.
Fahd, Abdullah dan Muqrin merupakan putera-putera kepada pengasas Arab Saudi moden iaitu Raja Abdulaziz yang telah mangkat pada tahun 1953.
Abdullah disifatkan sebagai seorang yang membawa perubahan di Tanah Arab dan antara perkara yang diingati adalah Baginda membenarkan pentadbiran Baginda dikritik secara sederhana dan pernah memberi pandangan bahawa kaum wanita perlu dibenarkan untuk bekerja.
Semasa hayat Baginda, Raja Abdullah dikenali sebagai tokoh yang lantang mengkritik dasar polisi Amerika Syarikat (AS) malah menjadi suara tengah dalam usaha membawa perdamaian di Asia Barat termasuk menjadi pengantara dalam konflik Arab-Israel. Lebih awal daripada itu, Baginda pernah menyeru tentang penyatuan bangsa Arab.
Dalam perkembangan berkaitan, ramai pemimpin negara dunia menyampaikan rasa sedih dan ucapan takziah kepada keluarga diraja Arab Saudi.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak juga melalui akaun Twitternya menyampaikan rasa hiba atas kemangkatan Baginda.
Begitu juga dengan Presiden AS Barack Obama yang mewakili rakyat negaranya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas kemangkatan Abdullah.
Per
#Arab Saudi #mangkat #meninggal dunia #raja abdullah abdulaziz
;