Rai ulang tahun ke-50, syarikat makanan 'terbangkan' nugget ke angkasa

Agensi
Oktober 18, 2020 12:36 MYT
Nugget berkenaan mencapai ketinggian lebih dari 110,000 kaki (33,528 meter) dari Bumi. - Foto/Twitter/Iceland Foods
DEESIDE: Bukan setakat manusia dan haiwan, kini produk makanan juga sudah ada misi 'menjelajah' angkasa.
Syarikat pembekal makanan di United Kingdom, Iceland Foods, menghantar ketulan nugget ayam mereka ke angkasa sebagai cara meraikan sambutan ulang tahun ke-50.
Menerusi video yang dikongsi, nugget berkenaan mencapai ketinggian lebih dari 110,000 kaki (33,528 meter) dari Bumi.
Ia mengambil masa kurang dari dua jam untuk mencapai ketinggian tersebut.
Merupakan salah satu produk mereka yang paling popular, nugget itu memulakan perjalanan dari ibu pejabat syarikat itu di Deeside, Wales, dan melalui perjalanan dengan suhu 60 darjah Celsius di bawah paras beku menuju ke stratosfera.

We dont know who needs to hear this, but we sent the first ever chicken nugget into space today Why? We have no idea, but it was out of this world! pic.twitter.com/XGmkT9ShBO

— Iceland Foods (@IcelandFoods) October 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sepasukan pakar dalam bidang eksplorasi stratosfera menggunakan belon cuaca meteorologi yang diisi dengan hidrogen untuk menerbangkan nugget itu ke angkasa.
Iceland Foods bekerjasama dengan Sent Into Space, sepasukan pakar dalam bidang penerokaan stratosfera, untuk projek tersebut.
Setelah mencapai ketinggian puncak, ia kemudian menuju kembali ke Bumi dengan kelajuan 322 kilometer sejam, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di sebuah kawasan pergunungan.

To celebrate its 50th anniversary, Iceland Foods Ltd., commonly known as Iceland, sent a chicken nugget into the cosmos.https://t.co/UO3WWnJwXz

— CNN International (@cnni) October 17, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"2020 merupakan tahun penting tetapi sukar bagi kami, dan kami mahu meraikan ulang tahun dengan cara yang paling diingati.
"Mesej yang kami ingin sampaikan kepada pelanggan ialah produk kami adalah luar biasa," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
#Iceland Foods #United Kingdom #video #Twitter #makanan #syarikat pembekal makanan #nugget #Angkasa #shm #weekender
;