Rafael Correa menang kerusi presiden Ecuador
Astro Awani
Februari 18, 2013 12:55 MYT
Februari 18, 2013 12:55 MYT
Presiden Ecuador, Rafael Correa menang 56.7 peratus undi, 24 peratus lebih tinggi berbanding pencabar kerusi presiden, Guillermo Lasso yang mendapat 36 peratus undi.
Sementara itu, seorang lagi calon, bekas presiden Lucio Gutierrez mendapat 5.9 peratus.
Kurang sejam pusat mengundi ditutup, visual Correa memeluk penyokongnya di Istana Presiden disiarkan di televisyen.
Lasso turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan Correa.
Pada sidang media, Correa menjelaskan hala tuju Ecuador selepas mendapat mandat baru.
Keutamaan beliau adalah meneruskan usaha membasmi kemiskinan menggunakan dasar sedia ada selepas statistik Pertubuhan Bangsa Bersatu mendapati kadar kemiskinan di Ecuador menurun daripada 37.1 peratus kepada 32.4.
Correa menggunakan pendekatan revolusi rakyat bagi membasmi kemiskinan sebaik sahaja menduduki kerusi presiden pada 2007.
Selain itu, kekuatan Correa sehingga menang besar pilihan raya kali ini adalah kejayaan beliau menstabilkan negara selain pertumbuhan ekonomi ekonomi sederhana konsisten.