QZ8501: Basarnas temui enam lagi mayat mangsa

Astro Awani
Februari 3, 2015 17:10 MYT
Penemuan tersebut membawa jumlah keseluruhan mayat yang ditemui setakat ini kepada 89. - Gambar Fail
Pasukan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) hari ini telah menemui enam lagi mayat mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat AirAsia QZ8501, lapor Wall Street Journal (WSJ) Indonesia.
Penemuan tersebut membawa jumlah keseluruhan mayat yang ditemui setakat ini kepada 89, daripada 162 mangsa yang terkorban.
Menurut Basarnas menerusi akaun Twitternya, bangkai pesawat kini berada pada kedalaman 30 meter di bawah paras laut di sekitar pantai Kalimantan.
Terdahulu, pasukan turut telah menemui enam mayat pada Isnin, yang mana empat ditemui di dalam badan pesawat manakala dua lagi ditemui di bawah pesawat.
[GALERI FOTO]: QZ8501: LEBIH BANYAK MAUT, SERPIHAN DITEMUI
Sementara itu, menurut WSJ Indonesia lagi, Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) telah berusaha mengangkat badan pesawat jenis Airbus A320 itu namun gagal.
TNI memaklumkan bahawa masih belum ada petanda bahawa terdapat mayat yang terperangkap di dalam badan pesawat.
[LAGI FOTO]: QZ8501 JADI TAJUK DEPAN AKHBAR SELURUH DUNIA
#Basarnas #mayat mangsa #pesawat #QZ8501 #tni al
;