QZ8501: Arus deras bantutkan usaha keluarkan rangka
Astro Awani
Januari 18, 2015 21:07 MYT
Januari 18, 2015 21:07 MYT
Usaha pasukan SAR untuk membawa keluar rangka badan pesawat QZ8501 tertangguh lagi.
Ketua Pengarah Badan SAR Nasional (BASARNAS) memaklumkan pasukan penyelam terpaksa menghentikan operasi mereka susulan arus deras di bawah laut.
Menurut laporan Kompas.com, operasi pasukan penyelam bermula 5.30 pagi Ahad waktu tempatan.
30 anggota penyelam bergilir-gilir turun ke lautan sehingga kedalaman 30 meter.
Namun mereka terpaksa menangguhkan operasi selepas mengesan arus pada kelajuan lima batu nautika.
Selain faktor arus deras, penyelam juga berdepan masalah jarak penglihatan terhad, sekitar satu ke dua meter akibat lumpur.
Operasi SAR dipergiatkan untuk mengesan lebih banyak jasad yang dipercayai masih terperangkap dalam pesawat.