Queensland laksana sekatan perjalanan terhadap mereka yang tiba dari Sydney
Agensi
Julai 29, 2020 19:13 MYT
Julai 29, 2020 19:13 MYT
SELEPAS Victoria, kini Queensland, Australia mula menguatkuasakan sekatan perjalan terhadap mereka yang tiba dari Sydney dan mereka perlu dikuarantin di hotel-hotel yang disediakan selama dua minggu.
Menurut Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk, perintah tersebut dilaksanakan susulan dua kes positif COVID-19 yang direkodkan di Brisbane pada Selasa selepas tiba dari Victoria, yang merupakan ibu negeri Melbourne.
“Terdapat beberapa penularan di Sydney dan kini diisytiharkan sebagai 'hotspot' COVID-19 berkuatkuasa 1 pagi waktu tempatan iaitu Sabtu pagi.
“Kami melaksanakan perintah ini bagi memastikan rakyat wilayah ini yang mahu pulang ke kediaman masing-masing,” jelasnya.
Jelasnya lagi, dua wanita yang disahkan positif itu kini di bawah siasatan pihak polis kerana mereka didakwa melanggar perintah kuarantin mandatori keranan gagal memaklumkan perjalanan mereka ke Melbourne sebelum ini.
Untuk rekod, Queensland tidak mencatatkan sebarang kes positif tempatan sejak Mei.
Sementara itu, bermula Sabtu, semua bandar besar di negara itu akan diisytiharkan sebagai kawasan 'hotspot'.