Qatar negara terbaharu kenakan sekatan ke atas pelancong China
Agensi
Januari 2, 2023 20:33 MYT
Januari 2, 2023 20:33 MYT
DOHA: Bermula Selasa, Qatar mewajibkan pelancong yang tiba dari China menunjukkan keputusan ujian negatif COVID-19 yang diambil dalam tempoh 48 jam selepas berlepas, kata Kementerian Kesihatan Awam negara itu pada Isnin.
Ujian itu dikenakan ke atas semua pelancong tanpa mengira status vaksinasi, tambah kementerian berkenaan.
Ia adalah langkah sementara memandangkan China kini sedang mengalami gelombang COVID-19.
Beberapa negara lain yang turut mengetatkan peraturan kemasukan bagi pelancong dari China termasuklah Australia, Kanada, Jepun, Itali, Sepanyol dan Maghribi.
Beberapa negara pula dilaporkan sedang memperhebat pemantauan dan pelaksanaan kawalan sempadan bagi individu yang datang dari China.