Qantas cipta rekod penerbangan tanpa henti

Razak Chik
Oktober 20, 2019 05:08 MYT
Qantas catat sejarah penerbangan komersial percubaan paling jauh dari New York ke Sydney tanpa henti dalam tempoh 19 jam 16 minit. -Reuters
Jika anda mengejar masa, Qantas kini mampu menawarkan perkhidmatan terbang tanpa henti komersial paling panjang di dunia.
Pada Ahad, 49 penumpang yang menjadi pelanggan percubaan pertama Syarikat Penerbangan Australia Qantas menjejak kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney setelah tiba dari New York – mencatat sejarah terbang 16,200 km tanpa henti.
Sebelum ini, rekod terbang tanpa henti dipegang oleh Syarikat Penerbangan Singapura (SIA) yang menawarkan perkhidmatan Singapore ke New York sejauh 15,344 km dalam tempoh 18 jam 25 min.
Pesawat Boeing 787-9 itu yang terbang tanpa henti membawa muatan tangki penuh, tidak membawa kargo dan setiap penumpang dikenakan had berat barangan yang dibawa bersama.
Bagi keselesaan penumpang, mereka dihidang makanan tinggi karbohidrat dan dan tidur di dalam pesawat hanya apabila matahari terbenam di timur Australia.
Beberapa kajian dijalankan sepanjang penerbangan termasuk pemeriksaan kecergasan dan tahap melatonin bagi tujuan mengkaji kesan menyeberangi zon masa terhadap fisiologi penumpang.
Qantas dijangka melancarkan percubaan penerbangan yang sama bulan hadapan – kali ini dari London ke Sydney.
Jika berjaya, perkhidmatan komersial penerbangan jarak jauh tanpa henti bakal ditawarkan Qantas pada penghujung 2019.
#Qantas #rekod penerbangan paling lama #terbang tanpa henti
;