Pyongyang umum kejayaan uji peluru berpandu balistik Hwasong-15
Agensi
November 29, 2017 13:30 MYT
November 29, 2017 13:30 MYT
Korea Utara mengumumkan kejayaannya menguji peluru berpandu balistik antara benua yang baharu pada Rabu.
Pyongyang mendakwa keupayaan senjata terbaharunya itu mampu menyerang seluruh Amerika Syarikat.
Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung di televisyen, Pyongyang mendakwa berjaya melancarkan peluru berpandu balistik (ICBM) Hwasong-15, yang menggunakan tenaga nuklear tertinggi.
Dengan pelancaran tersebut, Korea Utara turut mendakwa berjaya mencapai matlamatnya untuk mengancam mana-mana negara yang cuba menggugat keamanannya terutamanya Amerika Syarikat.
Pelancaran itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi dan waktu sebenar pelancarannya.