Pyongyang mahu namakan senjata nuklear 'nyawa negara'
Associated Press
April 1, 2013 08:10 MYT
April 1, 2013 08:10 MYT
Pyongyang membuat kenyataan akan menetapkan satu garis panduan untuk menamakan senjata nuklear sebagai "nyawa negara".
Ia dikeluarkan dalam satu mesyuarat jawatankuasa pusat parti buruh yang turut dihadiri pemimpin, Kim Jong Un.
Korea Utara menegaskan senjata nuklearnya bukan barang dagangan untuk matawang dollar Amerika dan bukan untuk mengemis bagi mendapat sokongan politik.
Penganalisis membuat andaian, tindakan Pyongyang itu satu taktik untuk mencetus perbincangan mengenai pelucutan senjata nuklear yang bertujuan untuk bantuan.
Ia turut bagi membantu meningkatkan ekonomi negara tersebut.