Pyongyang bakal tutup tapak nuklear Punggye-ri hujung bulan ini

Agensi
Mei 13, 2018 13:13 MYT
Kenyataan itu dibuat sebulan sebelum sidang sidang kemuncak bersejarah yang bakal diadakan bulan depan di Singapura.
Korea Utara akan menamatkan operasi tapak ujian bom nuklearnya di Punggye-ri beberapa minggu lagi.
Ia dijangka dilaksanakan penamatan tersebut antara 23 dan 25 Mei ini sebagai sebahagian dari ikrar negara itu untuk menghentikan ujian nuklearnya.
Kenyataan itu dibuat sebulan menjelang sidang sidang kemuncak bersejarah yang bakal diadakan bulan depan di Singapura.
Penutupan tapak ujian Punggye-ri itu akan melibatkan runtuhan semua terowongnya dengan teknik letupan, menyekat pintu masuknya, dan mengeluarkan semua kemudahan pemerhatian, bangunan penyelidikan dan membubar jawatan kuasa keselamatan.
Institut Senjata Nuklear dan institusi lain yang terlibat mengambil langkah-langkah teknikal untuk menutup tapak ujian nuklear tersebut untuk memastikan ketelusan Pyongyang.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un akan mengadakan perbincangan di Singapura pada 12 Jun ini yang bakal menyaksikan pertemuan pertama antara pemimpin kedua-dua negara.
#Amerika Syarikat #bom #Donald Trump #Kim Jong Un #Korea #Korea Selatan #Korea Utara #nuklear #Pyongyang #Singapura
;