Puting beliung Mississippi, tiga maut

Astro Awani
April 12, 2013 14:09 MYT
Sekurang-kurangnya tiga maut selepas puting beliung membadai Mississippi.
Menurut pihak berkuasa, seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia di kawasan penempatan Kemper County.
Puting beliung turut sama memusnahkan infrastruktur kawasan sekitar.
Data laporan turut mendedahkan banyak laporan kecederaan yang diterima pihak berkuasa di Noxubee County namun tidak dinyatakan jumlahnya.
Selepas melanda kawasan berkenaan, ia dilaporkan bergerak ke timur Georgia.
#Kemper County #Mississippi #puting beliung #tiga maut