Puting beliung di Jawa Timur ranapkan ratusan rumah, puluhan cedera
Agensi
November 23, 2017 20:06 MYT
November 23, 2017 20:06 MYT
Satu kejadian puting beliung yang melanda kawasan berpopulasi padat di Jawa Timur, Indonesia pada Rabu, mengakibatkan lebih 30 orang dilaporkan cedera selain lebih 600 kediaman musnah.
Reuters melaporkan, puting beliung selama lima minit yang membawa kekuatan angin selaju 70 kilometer sejam itu menjejaskan petempatan di Sidoarjo, kata pegawai Agensi Mitigasi Benvana Indonesia Dwidjo Prawito.
Sebuah video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan sebahagian daripada struktur bumbung diterbangkan dari sebuah bangunan, dengan serpihan-serpihan kemusanahan itu berputar naik ke udara.
Ratusan orang telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara iaitu di bangunan sekolah, sementara yang lain masih memilih untuk kekal bersama anggota keluarga.
Pada Februari lalu di kawasan yang sama, 166 rumah dilaporkan musnah apabila diranapkan kejadian puting beliung.