Putin, Xi Jinping setuju perkukuh BRICS - Pembantu Presiden Rusia

Bernama
Januari 21, 2025 04:00 MYT
Kedua-dua pemimpin menyatakan minat terhadap usaha lanjut untuk memperkukuh BRICS sebagai instrumen utama dalam mewujudkan orde dunia multipolar. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping, mencapai persetujuan semasa perbincangan pada Selasa untuk terus memperkukuh BRICS sebagai instrumen bagi memastikan kewujudan orde dunia multipolar, lapor Agensi Berita Rusia (TASS) memetik Pembantu Presiden, Yury Ushakov.
Menurut Ushakov, isu ini adalah antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin dalam panggilan video pada hari berkenaan.
"Kedua-dua pemimpin menyatakan minat terhadap usaha lanjut untuk memperkukuh BRICS sebagai instrumen utama dalam mewujudkan orde dunia multipolar," katanya.
Putin dan Xi Jinping turut menyatakan bahawa pendirian kedua-dua negara dalam kebanyakan isu dasar luar adalah selari, kata Ushakov.
-- BERNAMA
#Rusia #China #BRICS #Vladimir Putin #Xi Jinping
;