Putin pendekkan kehadiran di sidang G20
AFP
November 15, 2014 22:56 MYT
November 15, 2014 22:56 MYT
Presiden Rusia, Vladimir Putin akan memendekkan kehadirannya di sidang kemuncak pemimpin G20 di Brisbane, Australia, menurut sumber dari Rusia.
Putin dikatakan menerima tekanan hebat dari negara-negara Barat di persidangan itu berhubung pendirian negara itu mengenai krisis di Ukraine.
“Program untuk Putin pada hari kedua (Ahad) akan berubah, ia telah dipendekkan,“ kata sumber dari delegasi Rusia itu kepada AFP tanpa ingin namanya didedahkan.
Putin akan menghadiri persidangan pada Ahad tetapi tidak akan turut serta dalam sesi makan tengahari dan sidang media bersama wartawan seperti dijadualkan sebelum ini kata sumber itu sambil menambah:
“Makan tengahari lebih kepada hiburan.”
Sumber itu turut menafikan Putin tunduk kepada Barat yang menuduh Rusia membuli negara bekas Kesatuan Soviet, Ukraine.
“Tiada sebarang skandal,” kata sumber itu lagi.