Putin, Macron, Scholz bincang isu Ukraine
Bernama
Mac 13, 2022 13:40 MYT
Mac 13, 2022 13:40 MYT
MOSCOW: Presiden Vladimir Putin pada Sabtu mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Olaf Scholz berhubung konflik Rusia-Ukraine, lapor Xinhua.
Kerjaan Jerman dalam satu kenyataan memaklumkan Macron dan Scholz menggesa gencatan senjata segera dan penyelesaian secara diplomatik.
Perbincangan selama 75 minit itu sebagai sebahagian usaha antarabangsa untuk menamatkan konflik itu.
Sementara itu, menurut kenyataan Pejabat Presiden Rusi (Kremlin), ketiga-tiga pemimpin berbincang mengenai isu-isu berkaitan perjanjian yang sedang diusahakan termasuk mengenai pelaksanaan tuntutan Rusia sebelum ini.
Pada perbincangan berkenaan Putin turut memberi penerangan mengenai situasi sebenar yang berlaku.
Ketiga-tiga pemimpin sepakat untuk meneruskan hubungan mengenai isu Ukraine, menurut Kremlin.
Terdahulu, Scholz turut mengadakan perbincangan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky pada Sabtu pagi.
-- BERNAMA