Putin gesa pengiktirafan bersama vaksin COVID-19 dalam kalangan anggota G20

Bernama
Oktober 31, 2021 13:13 MYT
Putin berkata demikian menerusi rakaman video pada sesi pertama Sidang Kemuncak Pemimpin G20 ke-16. - Reuters
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu mencadangkan supaya negara Kumpulan 20 (G20) untuk menyelesaikan secepat mungkin masalah pengiktirafan bersama vaksin COVID-19 dan sijil vaksinasi.
Tidak semua negara mendapat akses kepada vaksin dan sumber penting lain disebabkan oleh persaingan tidak adil, perlindungan dan kekurangan pengiktirafan bersama terhadap vaksin, lapor agensi berita Xinhua.
Putin berkata demikian menerusi rakaman video pada sesi pertama Sidang Kemuncak Pemimpin G20 ke-16.
Beliau juga menyeru anggota G20 untuk membangunkan mekanisme kemas kini vaksin yang sistematik dan memandangkan virus COVID-19 terus bermutasi.
Selain itu, Putin turut menekankan mengenai kepentingan meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam penjagaan kesihatan dan peranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, langkah-langkah yang menyalahi hak prerogatifnya adalah tidak boleh diterima.
-- BERNAMA
#Vladimir Putin #vaksin #G20 #kerjasama antarabangsa
;