Putin bentang visi baharu Rusia untuk pilihan raya presiden

APTN
Disember 23, 2017 05:27 MYT
Menurut Putin, sasarannya adalah untuk menjadikan negara berkenaan, yang kini berusia 1000 tahun, lebih muda dan bertenaga (foto: REUTERS / Sergei Karpukhin)
Presiden Rusia Vladimir Putin membentangkan visinya untuk memodenkan Rusia dalam pilihan raya presiden pada Mac depan.
Putin akan bertanding sebagai calon bebas, menjauhkan diri dari Parti Rusia Bersatu (United Russia) yang dilaporkan penuh dengan skandal rasuah melibatkan pemimpin tertingginya.
Antara perincian dalam visi tersebut termasuk insentif yang meluas untuk perniagaan di Rusia, menghapuskan rasuah dan lebih dana untuk penjagaan kesihatan dan sistem pendidikan.
Menurut Putin, sasarannya adalah untuk menjadikan negara berkenaan, yang kini berusia 1,000 tahun, lebih muda dan bertenaga.
Putin, 65 tahun, mempunyai sokongan sebanyak 80 peratus dalam tinjauan yang dilakukan dan dijangka menang mudah untuk mentadbir selama 6 tahun lagi.
Putin sebelum ini pernah menjadi Presiden Rusia untuk dua penggal pada tahun 2000 ke 2008, kemudian menjadi perdana menteri susulan perlembagaan yang melarang penggal ketiga presiden berturut-turut oleh individu yang sama.
Kini, Putin akan menghabiskan penggal ketiganya sebelum pilihan raya tahun depan.
Pentadbiran Putin memberikan Rusia peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi dan kuasa membeli.
Ia dikukuhkan lagi dengan kenaikan harga komoditi dan pengurusan ekonomi serta fiskal yang positif.
#calon #ekonomi #kesihatan #menteri #pendidikan #pilihan raya #presiden #Rasuah #Rusia #Vladimir Putin
;