Putera William, Kate Middleton curi perhatian temani anak ke sekolah
Agensi
September 8, 2022 17:30 MYT
September 8, 2022 17:30 MYT
SELEPAS berpindah ke Windsor pada bulan lalu, Putera William dan isteri, Kate Middleton hari ini, menghantar tiga anak mereka Putera George, 9, Puteri Charlotte, 7, dan Putera Louis, 4, ke sekolah.
Aksi pasangan diraja ini menemani tiga anak mereka ke Sekolah Lambrook yang terletak 11 kilometer dari Istana Windsor sempat dirakam media Britain, pagi ini.
Memetik laporan Newsweek, Putera George, Puteri Charlotte and Putera Louis ditemani Duchess of Cambridge menghadiri sesi orientasi yang diadakan sehari sebelum hari persekolahan bermula.
Difahamkan, Sekolah Lambrook mengenakan yuran yang dianggarkan sebanyak RM103,518.40 setahun.
Ini merupakan sesi persekolahan pertama buat Putera Louis yang mencecah usia empat tahun pada April lalu manakala Putera George dan Puteri Charlotte sebelum ini pernah bersekolah di Sekolah Thomas Battersea, London.
Kedatangan keluarga diraja ini disambut mesra oleh guru besar Sekolah Lambrook, Johnathan Perry.
Memetik laporan CNN, pasangan diraja ini berpindah dari Istana Kensington, London dan mengumumkan berpindah ke Windsor, Berkshire sebagai usaha memberi pendedahkan kehidupan normal kepada tiga anak mereka.