Putera Mahkota Saudi lancar syarikat penerbangan baharu Riyadh Air

Bernama
Mac 13, 2023 06:20 MYT
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud mengumumkan pelancaran Riyadh Air. -Gambar fail/Reuters
RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud pada Ahad mengumumkan pelancaran syarikat penerbangan nasional baharu, Riyadh Air.
Syarikat penerbangan itu dimiliki sepenuhnya Dana Pelaburan Awam (PIF) kerajaan, dijangka menyumbang AS$20 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan mewujudkan lebih 200,000 peluang pekerjaan, lapor Xinhua, memetik laporan Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Syarikat penerbangan nasional baharu itu akan "memanfaatkan lokasi geografi strategik Arab Saudi antara tiga benua, membolehkan Riyadh menjadi pintu masuk utama dan destinasi global untuk pengangkutan, perdagangan dan pelancongan".
Syarikat penerbangan baharu itu akan beroperasi di Riyadh dan menjadi hab utamanya.
-- BERNAMA
#putera mahkota arab saudi #Mohammed bin Salman #Riyadh Air #syarikat penerbangan baharu