Putera Mahkota Jordan bertunang dengan warga Saudi Rajwa al-Saif

Bernama
Ogos 18, 2022 09:44 MYT
Istana Diraja Hashemite mengumumkan pertunangan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein bin Abdullah II dengan warga Saudi, Rajwa Khaled bin Musaed bin Saif bin Abdulaziz al-Saif. - Gambar Instagram QUEENRANIA
RIYADH: Istana Diraja Hashemite mengumumkan pertunangan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein bin Abdullah II dengan warga Saudi, Rajwa Khaled bin Musaed bin Saif bin Abdulaziz al-Saif, pada Rabu di hadapan Raja Abdullah II bin Al-Hussein dan Ratu Rania Al Abdullah, lapor Petra.
Pertunangan berlangsung di kediaman bapa Rajwa di Riyadh dan dihadiri oleh Putera Jordan El Hassan bin Talal, Putera Hashem bin Abdullah II, Putera Ali bin Al Hussein, Putera Hashim bin Al Hussein, Putera Ghazi bin Muhammad dan Putera Rashid bin Al Hassan, serta ahli keluarga al-Saif.
Istana Diraja Hashemite merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Raja Abdullah II di atas majlis itu dan mendoakan Putera Mahkota Al Hussein bin Abdullah II dan pasangannya Rajwa Khaled berbahagia sepanjang hayat. - BERNAMA
#Putera Mahkota Jordan #Bertunang #Rajwa Khaled al-Saif #raja abdullah