Putera kacak mati bunuh diri, jatuh dari tingkat 21 hotel mewah
Agensi
Februari 27, 2018 18:23 MYT
Februari 27, 2018 18:23 MYT
Hanya beberapa jam selepas dibebaskan dari penjara, seorang putera dari Jerman nekad membunuh diri.
Carlos Patrick Godehard, Putera Hohenzollern, 39, mati selepas terjatuh dari tingkat 21 sebuah hotel terkemuka di Frankfurt.
Carlos sebelum ini menjalankan hukuman empat tahun di penjara kerana terlibat dalam kes penyelewengan.
Putera itu sepatutnya dibebaskan pada Julai namun diberikan kelepasan awal.
Pada hari dia dibebaskan dari penjara Euskirchen, mendiang mengambil keputusan memandu lebih 320 kilometer ke Frankfurt, sebelum mayatnya ditemui jam 2.40 petang pada Jumaat.
Pada 2014, mendiang dijatuhkan hukuman empat tahun terlibat dalam kes dana pelaburan berjuta-juta dolar yang tidak wujud.
Sebelum itu, mendiang juga menjalani hukuman empat bulan kerana gagal melangsaikan hutangnya pada 2011.
Carlos adalah waris Putera Godehard von Hohenzollern dan Heide Hansen, yang merupakan pengumpul karya seni terkenal.
Zaman pemerintahan keluarga Hohenzollern ke atas Jerman tamat selepas Perang Dunia I apabila negara itu menjadi republik.