Putera Harry, Meghan Markle langsungkan perkahwinan dalam majlis gilang-gemilang

Malik Ridhwan, Kohilah Sekaran
Mei 19, 2018 21:04 MYT
Putera Harry dan pasangan pilihannya, aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle akhirnya mengikat tali percintaan di Gereja St George, hari ini
Putera Harry dan buah hatinya, aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle akhirnya mengikat tali percintaan mereka dengan perkahwinan di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor, di sini sekitar jam 7.30 malam (waktu Malaysia) hari ini.
Pewaris takhta British, Putera Charles mengiringi Markle selepas bapa Meghan terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan.
Manakala, Putera Harry pula diapit oleh abangnya, Putera William.
Meghan Markle diihat menggayakan gaun pengantin hasil sentuhan pereka Britain, Clare Waight Keller.
Pasangan itu - Duke dan Duchess of Sussex kemudiannya diarak dengan menaiki kereta kuda melalui semua jalan di Windsor.
Majlis perkahwinan diraja anak bongsu kepada mendiang Puteri Diana dan Putera Charles itu berlangsung dengan sempurna dan dipancarkan di seluruh dunia.
600 jemputan istimewa
Dianggarkan sekitar 600 tetamu sebelum itu tiba di Istana Windsor Castle untuk menyaksikan perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle.
Beberapa selebriti terkenal juga dilihat menghadiri perkahwinan bersejarah itu.
Antaranya ialah pengacara televisyen terkenal Oprah Winfrey, pelakon Bollywood Priyanka Chopra, pasangan selebriti David dan Victoria Beckham serta George Clooney dan isterinya, Amal Clooney.
Selain itu, seramai 2,640 orang awam telah dipilih untuk menyaksikan majlis itu dari luar halaman Istana Windsor.

#RoyalWedding David and Victoria Beckham slaying like always pic.twitter.com/vquef3t5qs

— alondra (@londerswonderss) May 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Oprah Winfrey is among the guests arriving at St George's Chapel in Windsor for the #royalwedding - follow live updates here: https://t.co/Cwk4jQhPsL pic.twitter.com/JNU8oSFRJI

— CNN Breaking News (@cnnbrk) May 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sofia Wellesley, with husband James Blunt, looking pretty in a floral frock and lovely earrings #RoyalWedding (Chris Radburn - WPA Pool/Getty Images) pic.twitter.com/5Nbey1Sq0H

— Ella Kay (@courtjeweller) May 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Amal and George Clooney. She's definitely the most beautiful of the guests today #RoyalWedding2018#RoyalWedding pic.twitter.com/vzpdDERhkS

— Faruq Oluderu (@ThatGuyFaruq) May 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
19 Mei, hari bersejarah
Hari ini 19 Mei 2018, sememangnya hari yang dinantikan seluruh dunia. Bandar Windsor di Tenggara London menjadi tumpuan media antarabangsa, serta rakyat Britain dan Amerika Syarikat khususnya.
Diangkat sebagai ‘wedding of the year’, ikatan cinta pasangan ini, Putera Harry dan Meghan Markle mencipta sejarah dalam kalangan keluarga diraja British.
Majlis perkahwinan diraja itu pastinya menjadi salah satu acara terbesar pada tahun ini.

Ms. Meghan Markle arrives at Cliveden House Hotel, accompanied by her mother Ms. Doria Ragland #RoyalWedding pic.twitter.com/SqOFhb0Wr5

— Kensington Palace (@KensingtonRoyal) May 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gereja St George bakal menjadi saksi kepada tempatnya pasangan diraja ini mengikat tali percintaan sebelum diarak menaiki kereta kuda tidak berbumbung melalui semua jalan di Windsor.
Kereta kuda ascot landau dipilih untuk perarakan di bandar itu.

Staff at The Royal Mews apply their final touches, ahead of tomorrow #RoyalWedding. Find out more about the horses and carriages that will be used: https://t.co/LDnofYXlba pic.twitter.com/Yx6ufe7SQ0

— The Royal Family (@RoyalFamily) May 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Majlis resepsi kemudian akan berlangsung di Istana Windsor, dihadiri tetamu diraja, tetamu kehormat dan kenamaan, ahli keluarga serta rakan selebriti dari dalam dan juga luar negara.
Terdahulu, sehari sebelum hari yang penuh bermakna ini, persiapan akhir dan raptai penuh giat dijalankan bagi memastikan detik yang penuh bersejarah itu berjalan dengan lancar.

Thank you to the crowds in Windsor for the amazing reception for Prince Harry and his best man The Duke of Cambridge! #RoyalWedding pic.twitter.com/XUmx7XbrFX

— Kensington Palace (@KensingtonRoyal) May 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Prince Harry was joined by his Best Man The Duke of Cambridge as they met some of those waiting in the crowds on Castle Hill #RoyalWedding pic.twitter.com/aeqw1vmrbO

— The Royal Family (@RoyalFamily) May 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, pewaris takhta British, Putera Charles bersetuju memimpin Markle sebagai pengapit selepas bapanya terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan.

An update on the #RoyalWedding: pic.twitter.com/wfJ6ZFyzHi

— Kensington Palace (@KensingtonRoyal) May 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tomorrow, as Prince Harry and Ms. Meghan Markle get married you'll be able to follow live in many ways on our official online channels - here @RoyalFamily @KensingtonRoyal & @ClarenceHouse. Find out more here > https://t.co/NSXixLyYuM #RoyalWedding pic.twitter.com/kgWKIkrxft

— The Royal Family (@RoyalFamily) May 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#British #Gereja St George #Istana Windsor #Meghan Markle #Perkahwinan Diraja #Prince Charles #Prince Harry #Queen Elizabeth II #Royal Wedding #Windsor
;