Putera Harry bakal hadir istiadat pertabalan Raja Charles III seorang diri

Agensi
April 12, 2023 00:28 MYT
Putera Harry dilaporkan bakal menghadiri upacara pertabalan Raja Charles III pada bulan hadapan seorang diri tanpa kehadiran isterinya, Meghan Markle. - Gambar fail/Reuters
LONDON: Putera Harry dilaporkan bakal menghadiri upacara pertabalan Raja Charles III pada bulan hadapan seorang diri tanpa kehadiran isterinya, Meghan Markle.
Memetik Daily Mail, berita mengenai Duke of Sussex itu sekali gus mengakhiri spekulasi sama ada beliau akan hadir pada acara itu atau sebaliknya.
Istana Buckingham, yang mengesahkan berita ini, dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mereka 'gembira mengesahkan' Duke of Sussex akan berada di Westminster Abbey pada 6 Mei.
Namun, Duchess akan tinggal di rumah kediaman pasangan itu di Montecito bersama anak mereka berumur satu tahun, Lilibet, dan Archie yang berusia empat tahun pada hari upacara itu.
Putera Charles akan dimahkotakan pada bulan depan dalam sebuah upacara penuh gemilang dan penuh tradisi yang wujud selama ribuan tahun selepas berakhir pemerintahan ibunya, Ratu Elizabeth yang meninggal pada bulan September.
Harry dan Meghan berpindah ke California pada 2020 selepas meninggalkan kehidupan diraja secara dramatik.
Sejak itu, mereka mengambil bahagian dalam beberapa projek, daripada temu bual dengan Oprah Winfrey kepada dokumentari Netflix, yang menyiarkan rungutan mengenai pengalaman mereka sebagai ahli keluarga diraja Britain.
#Britain #Raja Charles III #Istana Buckingham #Putera Harry
;