Putera George mula bersekolah

Astro Awani
September 8, 2017 02:44 MYT
Ketibaan Putera George yang diiringi ayahnya Putera William disambut guru besar Helen Haslem (kanan), London, 7 September 2017. -Reuters
Putera George memulakan hari pertama persekolahan namun tidak diiringi ibunya yang mengalami mabuk kehamilan teruk.
George ditemani Putera William di Sekolah Thomas Battersea, selatan London.
Putera berusia 4 tahun itu dilihat memakai pakaian seragam sekolah dengan seluar pendek serta kasut hitam.
Anak sulung pasangan diraja William dan Kate itu merupakan pelajar termuda dalam kelasnya.
Antara subjek yang akan dipelajari termasuk balet, lukisan, drama, bahasa Perancis dan muzik.
#mabuk kehamilan #pasangan diraja #Putera George #Putera William #Sekolah Thomas Battersea #William dan Kate