Putera Charles positif COVID-19 buat kali kedua

Agensi
Februari 10, 2022 21:38 MYT
Pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles sekali lagi disahkan positif COVID-19 dan kini sedang dikuarantin di Scotland. - Gambar fail/AP
PEWARIS takhta diraja Britain, Putera Charles sekali lagi disahkan positif COVID-19 dan kini sedang dikuarantin di Scotland.
Berdasarkan kenyataan Istana Clarence House, Prince of Wales sepatutnya menghadiri acara di Winchester, England untuk menyambut ulang tahun ke-70 ibunya, Ratu Elizabeth sebagai ratu Britain.
“Baginda sangat berduka cita kerana tidak dapat menghadiri majlis tersebut," kata Istana Clarence House menerusi Twitter pada Khamis.

This morning The Prince of Wales has tested positive for COVID-19 and is now self-isolating. HRH is deeply disappointed not to be able to attend today's events in Winchester and will look to reschedule his visit as soon as possible.

— The Prince of Wales and The Duchess of Cornwall (@ClarenceHouse) February 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, tiada laporan lanjut mengenai situasi kesihatannya mahupun bila kali terakhir Putera Charles berjumpa dengan Ratu Elizabeth yang berusia 95 tahun itu.
Pada hari Rabu, Putera Charles, 73 telah menghadiri majlis resepsi untuk British Asian Trust di mana gambar menunjukkan baginda ada berbual dengan tetamu lain termasuk Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak.
Putera Charles yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 pada Disember tahun lalu sebelum ini disahkan positif virus berkenaan pada Mac 2020 dan hanya mengalami gejala ringan.
#Putera Charles #COVID-19 #Prince of Wales #England #Britain
;