Putera Alwaleed, Donald Trump berselisih pendapat di Twitter

Syafique Shuib
Disember 12, 2015 23:52 MYT
Jutawan Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal mahu Donald Trump (gambar) untuk menarik diri dalam pencalonan Presiden Amerika Syarikat.
JUTAWAN Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal mahu Donald Trump menarik diri dalam pertandingan jawatan presiden Amerika Syarikat (AS).
Dalam akaun Twitter rasminya, Putera Alwaleed anggap Trump bukan sahaja memalukan parti Republican, tetapi seluruh AS.
“Tarik diri sebab anda tidak akan menang,” kongsi Putera Alwaleed di Twitter.
VIDEO: Warga Arab-Amerika serbu masuk majlis dihadiri Donald Trump
VIDEO: Komen Donald Trump mendapat kritikan pekerjanya
Tweet berkenaan menerima lebih daripada 18,400 retweet dan 7,000 Likes.

.@realDonaldTrump You are a disgrace not only to the GOP but to all America. Withdraw from the U.S presidential race as you will never win.

— بط(@Alwaleed_Talal) December 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Enggan berdiam diri, Trump membalas tweet berkenaan dengan berkata Putera Alwaleed mahu kawal politik Amerika Syarikat menggunakan wang yang diwarisi.

Dopey Prince @Alwaleed_Talal wants to control our U.S. politicians with daddy money. Can do it when I get elected. #Trump2016

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) December 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Isnin lalu, calon Presiden Amerika Syarikat daripada Parti Republikan itu menggesa supaya umat Islam tidak dibenarkan memasuki negara itu ekoran kejadian tembakan di California baru-baru ini yang melibatkan pasangan suami isteri yang dikaitkan dengan kumpulan militan IS.
Kenyataan itu mengundang kritikan daripada pesaing Trump dan White House yang mengecam gesaan Trump itu kerana ia dianggap "anat bertentangan" dengan nilai-nilai Amerika Syarikat.
#Donald Trump #Putera Alwaleed bin Talal
;