Pusat vaksinasi terbesar di England dibuka

Astro Awani
Mei 31, 2021 06:45 MYT
Stadium berkenaan disasarkan untuk memberi suntikan vaksin kepada 15,000 individu setiap hari. - Reuters
ENGLAND membuka pusat vaksin COVID-19 terbesar di Stadium Ragbi Twickenham.
Operasi pusat itu disasarkan akan meningkatkan bilangan suntikan vaksin COVID-19 bagi melawan varian India yang mendominasi kes baharu di UK.
Stesen televisyen Sky News melaporkan, 500 individu diberikan vaksin pada sejam pertama.
Stadium berkenaan disasarkan untuk memberi suntikan vaksin kepada 15,000 individu setiap hari.
Program sehari itu bertujuan meningkatkan jumlah vaksinasi di kawasan setempat sebagai tindak balas terhadap lonjakan kes varian baharu yang berlaku di Hounslow, London Barat.
UK sejak Disember menvaksinasi hampir 58 peratus populasinya dengan dos pertama manakala 35 peratus mendapat dos kedua.
Bagaimanapun, negara itu mengalami kenaikan sederhana dalam kes baharu akibat varian India yang lebih pantas menular.
#India #London #COVID-19 #vaksin #varian baharu #dos pertama
;