Pusat penapisan minyak Pertamina Indonesia terbakar
Astro Awani
Mac 28, 2021 05:42 MYT
Mac 28, 2021 05:42 MYT
JAKARTA: Sebuah loji penapis minyak di wilayah Jawa Barat, Indonesia, dilapor terbakar awal pagi ini.
Media tempatan turut melaporkan saksi terdengar bunyi letupan kuat sebelum premis itu terbakar.
Loji penapis minyak Balongan, kira-kira 200 km di timur ibu kota Jakarta, itu dikendalikan oleh syarikat Pertamina.