Pusat pemeriksaan Singapura catat 193 juta pengembara pada 2023
Bernama
Februari 13, 2024 18:33 MYT
Februari 13, 2024 18:33 MYT
SINGAPURA: Seramai 192.8 juta pengembara dibenarkan melepasi pusat pemeriksaan sempadan Singapura pada tahun 2023, peningkatan lebih 80 peratus berbanding tahun 2022, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Selasa, lapor Xinhua.
Menurut laporan itu, ICA menahan seramai 587 pesalah imigresen tahun lepas, meningkat 42 peratus berbanding tahun 2022.
Bagaimanapun, bilangan pesalah imigresen yang ditangkap masih rendah berbanding tahun sebelum penularan COVID-19.
ICA berkata seramai 327 individu ditahan kerana melindungi atau menggaji pesalah imigresen pada tahun 2023, meningkat 45 peratus berbanding tahun 2022.
Menurut ICA, kebanyakan pesalah imigresen yang diambil bekerja didapati bekerja sebagai pekerja pembersihan bebas, pekerja domestik, pembantu dapur atau pencuci pinggan mangkuk.
-- BERNAMA