Pura-pura hamil, tapi sebenarnya...

Agensi
Februari 19, 2019 07:38 MYT
Difahamkan, kucing yang memasuki Hong Kong tanpa dokumen perlu dikuarantin selama empat bulan. - Foto Agensi
Seorang pencuri kucing dari Hong Kong berpura-pura hamil ketika menyeludup anak kucing Parsi melalui lapangan terbang terbesar di Taiwan.
Media tempatan melaporkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita itu yang membawa beg berwarna putih keluar dari tandas awam dalam keadaan perutnya lebih besar berbanding sebelum dia tiba di Lapangan Terbang Taoyuan tersebut.
Wanita tersebut dipercayai menyembunyikan anak kucing terbabit di bawah bajunya malah berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan.
Jabatan Polis New Taipei mengesahkan mereka menyiasat kejadian itu sebagai kes kecurian walaupun kes itu mungkin sukar kerana Hong Kong dan Taiwan tiada perjanjian ekstradisi.
"Kami juga akan menyiasat bagaimana dia dapat melepasi pemeriksaan keselamatan," ujar jabatan itu dalam satu kenyataan.
BACA: Bonjolan sarat dalam seluar dan ada 'bunyi' cetuskan rasa curiga
Menurut pembiak kucing, Chang Chin-yi yang memiliki kira-kira 40 anak kucing Parsi yang dijual pada harga AS$3,300 (RM13,470) seekor, dia menyedari dua anak kucingnya, Anggi dan Da Lili telah dicuri pada 5 Februari lalu.
Chin-yi mengesyaki seorang wanita Hong Kong yang mahu membeli Anngi dan pernah tinggal di rumahnya kira-kira sebulan sebelum insiden tersebut.
Dia merancang ke Hong Kong untuk mengambil tindakan undang-undang.
Difahamkan, kucing yang memasuki Hong Kong tanpa dokumen perlu dikuarantin selama empat bulan. - Agensi
#anak #CCTV #curi kucing #Hong Kong #kucing #polis #pura-pura hamil #Taiwan #undang-undang #wanita
;