Puluhan terkena serangan jantung di sambutan Halloween

Agensi
Oktober 29, 2022 00:24 MYT
Puluhan pengunjung sedang diberi bantuan pernafasan manakala ramai lagi telah dikejarkan ke hospital berdekatan. - Gambar/AP
SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan melaporkan puluhan pengunjung mengalami serangan jantung selepas dihimpit orang ramai yang saling bertolakan di sebuah lorong sempit semasa sambutan Halloween di Seoul, pada Sabtu.
Pegawai dari Agensi Bomba Kebangsaan, Choi Cheon-sik berkata, seramai 100 orang dilaporkan cedera semasa insiden berlaku di daerah Itaewon.
Jumlah sebenar individu sedang dirawat akibat serangan jantung masih belum diketahui tetapi dianggarkan dalam puluhan orang.
Tambah pihak berkuasa Seoul, puluhan pengunjung sedang diberi bantuan pernafasan manakala ramai lagi telah dikejarkan ke hospital berdekatan.
Dalam pada itu, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol menggesa pihak berkenaan memberi rawatan segera bagi mereka yang tercedera dan mengkaji semula tahap keselamatan lokasi kejadian. - Indian Express.
#Korea Selatan #Halloween #serangan jantung #Presiden Korea Selatan
;