Puluhan rakyat Syria terbunuh dalam serangan bom di Damsyik
Agensi
Februari 20, 2018 10:59 MYT
Februari 20, 2018 10:59 MYT
Puluhan rakyat Syria terbunuh dalam serangan bom oleh tentera kerajaan Syria yang diketuai puak pemberontak di timur Ghouta di luar kawasan Damsyik.
Dalam serangan tersebut, sekurang-kurangya 77 rakyat Syria terbunuh termasuk 20 kanak-kanak selepas serangan bom dan kebakaran roket pada Isnin, kata Pemerhati Hak Asasi Syria.
Tentera tersebut dikatakan sedang mempersiapkan serangan darat.
Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) cuba meleraikan kekecohan yang berlaku tetapi keadaan menjadi tidak terkawal ketika itu.
Kira-kira 400,000 orang tinggal di Timur Ghouta, yang telah dikepung sejak 2013, tempat di mana ia pernah menjadi kubu pembangkang.
Terdahulu, kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar Al Assad telah menyekat bantuan misi kemanusiaan dari masuk ke kawasan tersebut.