Puluhan pendatang Israel serbu kompleks Al-Aqsa

Bernama
Mei 5, 2022 17:59 MYT
Kumpulan pendatang itu menyerbu kompleks Al-Aqsa sempena ulang tahun penubuhan Israel yang disambut pada Khamis. - Foto REUTERS
BAITULMAQDIS: Berpuluh-puluh pendatang Israel sambil dikawal pasukan polis menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa pada pagi Khamis, lapor Agensi Anadolu.
Menurut saksi, polis Israel juga menyerang dan cuba menahan jemaah Palestin selain turut melepaskan tembakan peluru getah ke arah jemaah.
Kumpulan pendatang itu menyerbu kompleks Al-Aqsa sempena ulang tahun penubuhan Israel yang disambut pada Khamis.
-- BERNAMA
#pendatang Israel #Yahudi #Masjid Al-Aqsa #Palestin
;