Puluhan maut letupan di pusat pendaftaran pengundi
Sinar Harian
Mei 6, 2018 22:08 MYT
Mei 6, 2018 22:08 MYT
Sekurang-kurangnya 30 maut atau tercedera dalam insiden letupan di pusat pendaftaran pengundi di timur Afghanistan, hari ini.
Ketua polis wilayah Khost, Abdul Hanan Zadran berkata bom diletakkan dalam khemah yang digunakan sebagai pusat pendaftaran pengundi di perkarangan sebuah masjid.
“Ramai orang keluar dari masjid berkumpul untuk mendaftar,” katanya. - Agensi