Puluhan maut dan cedera dalam insiden letupan di Kabul
Agensi
Julai 23, 2016 20:48 MYT
Julai 23, 2016 20:48 MYT
Satu letupan kuat menggegarkan bandar Kabul pada Sabtu sewaktu satu tunjuk perasaan bagi membantah satu pembinaan laluan tenaga oleh sekumpulan pengikut Syiah diadakan.
Insiden itu meragut sekurang-kurangnya 80 nyawa dan mencederakan lebih 200 yang lain.
Laporan awal mendakwa kumpulan militan Daish telah mengaku bertanggungjawab.
Menurut saksi, cebisan mayat dan anggota badan mereka yang terbunuh dapat dilihat berselerakan di lokasi, menyebabkan suasana panik tercetus.
Kenderaan ambulans juga sukar untuk tiba di lokasi ekoran banyak laluan telah ditutup bagi menghadapi tunjuk perasaan itu.
“Angka korban meningkat kepada 80 orang, manakala 231 lagi cedera,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri.
Presiden Afghanistan Ashraf Ghani dalam satu kenyataan berkata beliau ‘amat bersedih’ dengan insiden menyayat hati itu dan memaklumkan antara yang terkorban adalah anggota pasukan keselamatan.