Puluhan maut dalam serangan Taliban di Kabul

Agensi
Januari 10, 2017 22:01 MYT
Sejurus serangan, kawalan keselamatan diperketatkan di seluruh Kabul - REUTERS
Kumpulan Taliban Afghanistan mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkembar berhampiran pejabat Parlimen di Kabul yang mengorbankan tidak kurang dari 23 mangsa, menurut jabatan kesihatan negara itu.
Turut disahkan cedera, 20 yang lain.
Serangan disasarkan kepada sebuah bas mini yang sedang membawa anggota agensi perisikan Afghanistan, NDS. Menurut kumpulan Taliban, tidak kurang dari 70 mangsa yang terbunuh atau cedera.
Kejadian berlaku di kawasan yang sesak sewaktu waktu puncak ketika orang ramai berpusu-pusu ingin pulang ke rumah.
Menurut pihak berkuasa, pengebom nekad terbabit meletupkan dirinya di bangunan berhampiran pejabat Parlimen di bandar Darul Aman, sebelum sebuah lagi kereta meletup di lokasi yang sama.
Dalam kejadian lebih awal, seorang lagi pengebom nekad meletupkan dirinya di sebuah rumah. Insiden yang berlaku di wilayah Helmand itu meragut tujuh nyawa dan mencederakan sembilan.
Kediaman itu dihuni anggota NDS.
#Afghanistan #Kabul #NDS #pengebom nekad #Taliban
;