Puluhan maut dalam serangan bunuh diri di mahkamah Pakistan

Agensi
September 2, 2016 07:38 MYT
Angka korban dijangka meningkat ekoran sebahagian mereka yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. - Foto AFP
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam satu serangan bom bunuh diri di sebuah mahkamah daerah di Mardan, Pakistan hari ini.
41 orang lagi dilaporkan turut cedera.
Angka korban dijangka meningkat ekoran sebahagian mereka yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Peguam, pegawai polis dan pejalan kaki adalah antara mereka yang maut dalam serangan itu.
Menurut jurucakap kerajaan Pakistan, Mushtaq Ghani, suspek menggunakan bom tangan untuk meletupkan kawasan mahkamah daerah berkenaan.
Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dengan serangan.
#bunuh diri #Mardan #Pakistan #pengganas #serangan nekad