Puluhan maut dalam serangan bom kereta di Mogadishu - Polis Somalia
Agensi
Disember 28, 2019 16:53 MYT
Disember 28, 2019 16:53 MYT
Satu letupan kuat menggegarkan ibu negara Somalia, Mogadishu hari ini dan mengorban sekurang-kurangnya 30 orang termasuk kanak-kanak.
Lapor polis, serangan bom kereta itu mensasarkan sebuah pusat mengutip cukai ketika waktu puncak sewaktu kakitangan agensi terbabit kembali bekerja pagi ini.
Turut dilaporkan cedera, 100 yang lain.
Tiada angka rasmi dikeluarkan setakat ini namun jumlah kematian dijangka terus meningkat.
Sementara itu agensi berita Reuters melaporkan angka korban akibat serangan kini meningkat kepada 61 orang.
“Sehingga kini, kami telah membawa 61 mayat dan 51 orang yang cedera. Dijangkakan lebih ramai yang cedera dan angka kematian akan terus meningkat,” kata Abdikadir Abdirahman Aden, pengasas perkhidmatan ambulans tempatan, Aamin.